fb fb fb fb fb

DBKL boleh tarik balik lesen penjaja guna khidmat warga asing

(FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 15 Jun-Penjaja yang memberi lesen perniagaan kepada pihak lain termasuk warga asing berdepan risiko lesen tersebut ditarik balik oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pihaknya sedang merangka kaedah bagi memastikan peraturan tersebut dipatuhi supaya ia memberi manfaat kepada peniaga tempatan.

"Saya punya rencana dengan Datuk Bandar ialah cari jalan ikut peraturan.

"Lesen diberikan kepada penduduk tempatan. Kalau dia serah kepada orang lain, kita akan tarik balik", katanya.

Sementara itu, beliau turut mengulangi komitmen untuk menaik taraf fasiliti dan imej ibu kota termasuk gerai penjaja, demi keselesaan rakyat.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat Pusat Penjaja MADANI, di Jalan Tunku Abdul Rahman di ibu negara.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu