fb fb fb fb fb

El-Nino: KPKM ambil inisitif awal atasi masalah kekurangan air

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 15 Jun-Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memandang serius mengenai kesan fenemeno El Nino kepada sektor agromakanan khususnya sub sektor padi dan beras dalam negara.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kementerian menerusi agensi dibawahnya telah mengambil beberapa inisiatif awal dalam usaha mengatasi masalah kekurangan sumber air.

Antara inisiatif tersebut ialah mengagihkan pam 'back-work', pam mudah alih ,membina telaga tiub serta membaiki rumah pam bagi membekalkan air terutama ke tapak-tapak sawah.

Selain itu, KPKM turut memperbanyakkan parit jejari dan turut mendalamkan saliran sawah bagi membantu mencukupkan sumber air ke sawah.

"Sekiranya keperluan mendesak, KPKM sedia melakukan pembenihan awan dengan kerjasama Jabatan Metrologi dan agensi Pengurusan Bencana Negara, JPM untuk meningkatkan jumlah taburan hujan di kawasan takungan air bagi kawasan penanaman padi", katanya ketika menjawab pertanyaan yang dikemukan oleh wakil Padang Terap Nurul Amin Hamid.


(FOTO HIASAN/FOTO RTM)

Media Baharu