fb fb fb fb fb

EUDR: TPM Fadillah akan bertemu Florika Fink 28 Jun ini

KUALA LUMPUR, 15 Jun - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof menjelaskan Fink-Hooijer bertanggungjawab meneliti dan merangka penyediaan isu pelaksanaan Peraturan Penebangan Hutan EU (EUDR).

"Saya akan bertemu dengan Florika pada 28 Jun ini di pejabat saya di Putrajaya..Florika Fink merupakan Ketua Pengarah yang akan meneliti dan merangka EUDR secara keseluruhan.

"Dalam pertemuan di Putrajaya itu nanti, saya akan menegaskan lagi pendirian-pendirian yang Malaysia bawa semasa di Brussels, Belgium selain menjelaskan pandangan negara ini secara khusus terhadap pelaksanaan EUDR," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

(Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Fadillah Yusof  ketika lawatan rasmi
dan misi perdagangan ke Kesatuan Eropah (EU) ke Brussels pada 29 Mei lalu/FOTO FB Fadillah Yusof)

Jawapan merujuk hasil lawatan kerja ke Eropah dalam menangani isu diskriminasi minyak sawit serta bantuan segera penoreh dalam menangani musim panas dan penyakit daun yang menjejaskan hasil susu getah.

Beliau turut memaklumkan ke pengetahuan dewan... Misi Bersama Malaysia dan Indonesia ke EU sebagai berjaya dalam menyampaikan kebimbangan negara pengeluar sawit berkenaan mengenai pelaksanaan EUDR secara kolektif melalui Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC).

Pada masa sama, respons positif yang diterima daripada misi tersebut juga diharap dapat meleraikan kebimbangan Malaysia dan Indonesia terhadap pelaksanaan EUDR yang dikhuatiri boleh menjejaskan sektor sawit kedua-dua negara.

Media Baharu