fb fb fb fb fb

Penggunaan pagar automatik KLIA diperluas kepada warga asing

SEPANG, 15 November- Warga asing yang memegang Pas Jangka Panjang (PJP) kini boleh menggunakan kemudahan pagar automatik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur KLIA berbanding sebelum ini hanya boleh digunakan oleh warganegara Malaysia sahaja.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kemudahan ini dilaksanakan secara rintis bermula 15 September lalu.


(Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud)

Perluasan kemudahan ini dijangka memberi manafaat kepada hampir dua juta pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan pemegang Pas Lawatan Jangka Panjang (PLJP) pelbagai kategori.

"Sekiranya mereka termasuk dari kategori di larang masuk ke Malaysia, pintu pagar automatik tidak akan terbuka kerana mereka telah disenarai hitam di bawah akta imigresen dan maklumat mereka direkodkan. Mereka cuba untuk melalui pagar automatik, tapi pintu tidak akan terbuka dan pegawai bertugas akan mendapat maklumat daripada sistem dan bagi mereka yang menggunakan purdah, prosedurnya adalah sama melalui manual kaunter manual akan dibuat periksa untuk pastikan mereka adalah subjek sebenar yang memegang passport sebenar passport sebenar," katanya kepada media selepas melancarkan kemudahan pagar automatik untuk warga asing di KLIA.


Sementara itu, hampir 60,000 warga asing tidak dibenarkan memasuki negara ini semenjak sempadan dibuka pada satu April lalu.

Datuk Seri Khairul Dzaimee memaklumkan, mereka ini sebahagian besarnya datang daripada empat negara pembekal pekerja asing kepada Malaysia.

"40 peratus daripadanya warga asing terdiri daripada warga asing yang diletakkan di dalam senarai hitam dan paling melalui program kolaborasi pulang yang tamat Disember lepas dan mereka cuba masuk semula. Selalunya mereka cuba masuk sebagai pelancong tetapi apabila mereka tidak tepati syarat-syarat pelancong ini, tidak tahu di mana hotel, dan tidak mempunyai wang yang mencukupi dan mereka disyaki masuk untuk secara tidak sah ini dua kategori yang paling tinggi," katanya kepada media hari ini. 

Khairul Dzaimee berkata pihaknya juga sedang mengkaji perluasan kemudahan pagar automatik itu kepada warga Singapura di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar di Johor.

Beliau turut memaklumkan sejak sempadan negara dibuka pada 1 April lepas, jumlah ketibaan warga asing di semua pintu masuk negara adalah seramai 10,400,045 orang.

Media Baharu