fb fb fb fb fb

Majlis Sambutan Hari Integriti K-KOMM 2022

PUTRAJAYA, 15 November- Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) serta 10 jabatan dan agensi di bawahnya berjaya mewujudkan Pelan Anti Rasuah Organisasi (OACP) diperingkat kementerian dan agensi masing-masing.

Kejayaan tersebut membuktikan K-KOMM komited terhadap perkara berkaitan integriti dan rasuah.

"Sebagai tulang belakang yang menerajui pentadbiran negara, peranan yang dimainkan oleh kita sebagai penjawat awam amat penting dalam menentukan nasib masa depan negara. Berkait hal ini menurut data yang diperoleh daripada Unit Integriti K-KOMM, saya dimaklumkan jumlah aduan yang melibatkan isu-isu integriti di kementerian ini telah berkurang kepada 20 aduan pada tahun ini setakat Oktober," kata Ketua Setiausaha K-KOMM, Dato' Sri Haji Mohammad bin Mentek ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Integriti 2022 di peringkat K-KOMM, di sini.

Seramai lebih 300 orang pegawai dan kakitangan K-KOMM menghadiri majlis tersebut secara fizikal serta maya melalui aplikasi Facebook dan juga Zoom.

Ketua Setiausaha K-KOMM, Dato' Sri Haji Mohammad bin Mentek

Tambah beliau, pelbagai program telah dianjurkan bertujuan meningkatkan kesedaran, kefahaman serta penghayatan integriti dalam kalangan masyarakat khususnya warga K-KOMM.

Bagi memperkukuhkan nilai integriti di Malaysia, tarikh 5 November telah dipilih sebagai Hari Integriti Nasional sejak tahun 2005.

Media Baharu