fb fb fb fb fb

Penggunaan elemen teknologi dalam kesenian, tarikan terbaharu - MOTAC

PETALING JAYA, 21 Oktober- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melancarkan Dikir Barat 'Sentuhan Teknologi' Kisah Hang Tuah yang menggabungkan tiga eleman teknologi.

Tiga elemen itu adalah 'Projection Mapping', 'Holographic' dan 'Motion Capture' tanpa menjejaskan asas kesenian tradisional.

Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Mesran Mohd Yusop berkata program ini untuk mempromosikan kesenian tradisional dengan gabungan teknologi sebagai produk pelancongan budaya.

"Kita tidak meninggalkan keaslian. Ini adalah permulaan daripada kita menjadikan dikir barat, perasmian yang dimulakan dengan dikir barat. Saya percaya masa hadapan kita menggunakan kesenian lain," kata Mesran pada program Dikir Barat 'Sentuhan Teknologi' Kisah Hang Tuah, di sini.


(Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mesran Mohd Yusop)

Pelancaran Dikir Barat ini menyajikan sebuah dokumen tokoh dan ikon generasi muda penggiat seni dikir barat.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara sentiasa komited dalam usaha mengetengahkan integrasi teknologi interaktif seni persembahan di Malaysia.

Media Baharu