fb fb fb fb fb

Pendekatan eksperimen dan 'hands-on', mampu tarik minat pelajar ke arah STEM - Adham

KUALA LUMPUR, 21 Oktober- Pendekatan pembelajaran melalui "experimental dan hands-on learning" pada peringkat awal pendidikan diyakini mampu menggalakkan kecenderungan pelajar kepada subjek sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik, STEM.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata negara maju telah mengamalkan pendekatan ini dengan kreatif dan inovatif untuk melahirkan lebih ramai pereka cipta berkualiti yang mampu memacu ekonomi negara dalam dunia pekerjaan masa hadapan.

Jelasnya lagi, penguasaan bidang secara fokus dan spesifik boleh dijadikan katalis dalam perkembangan teknologi seperti 'Internet of Things' (IoT), 'big data', teknologi realiti maya (VR) dan 'augmented reality' (AR).

"Penguasaan bidang ini secara fokus dilihat mampu menjadi 'game changer' kepada negara menerusi cetakan 4D/5D, teknologi biosains dan rantaian blok seperti yang dinyatakan dalam rangka kerja 10-10 sains, teknologi, inovasi dan ekonomi Malaysia," kata Adham kepada pemberita RTM pada ucapan penutup National Science Challenge 2022 di ibu negara.

Data Pusat STEM Negara menunjukkan bilangan pelajar dalam bidang STEM kini pada tahap 47 peratus dan hanya 19 peratus sahaja mengambil jurusan sains tulen.


(Menteri MOSTI, Datuk Seri Dr. Adham Baba)

Media Baharu