KUALA LUMPUR, 21 Oktober- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berharap badan-badan korporat membantu persatuan-persatuan wanita dari segi sokongan kewangan.
Ini meliputi ibu tunggal dan peniaga kecil.
Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata bantuan itu bagi memberi ruang kepada wanita menceburkan diri dalam perniagaan sekali gus menjadi ikon dalam membentuk keluarga sejahtera.
"Ramai yang kehilangan pendapatan, ramai juga yang kehilangan pekerjaan dan ramai juga diceraikan. Banyak cerita yang kita terima semasa menghantar bakul makanan," kata Rina kepada RTM dalam Malam Gala Anugerah Ikon Wanita Malaysia 2022 di ibu negara.
(Menteri KPWKM, Datuk Seri Rina Harun menyampaikan hadiah kepada pemenang Wanita Ikon Muda 2022 dari negeri Sabah, Asmah Kadir)
10 ikon wanita negeri telah dipilih sebagai Finalis Wanita Ikon Malaysia 2022.
Wanita tersebut optimis mampu menjadi contoh kepada wanita lain agar terus bangkit dan menjadi pemimpin yang berjaya.