fb fb fb fb fb

Agihan kerusi PN Terengganu berdasarkan status quo

KUALA TERENGGANU, 21 Oktober- Agihan kerusi Parlimen antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) Terengganu masih mengambil kira status quo iaitu mengekalkan kerusi-kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Pengarah Pilihan Raya Pas Terengganu, Ariffin Deraman berkata, daripada keseluruhan lapan kerusi Parlimen di negeri itu, secara asasnya tujuh kerusi didominasi Pas manakala satu kerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

PN di Terengganu juga sudah membentuk kerjasama baik dalam agihan kerusi Parlimen yang akan bertanding.

"Kita mengambil asas status quo iaitu tujuh kerusi Pas dan satu kerusi Bersatu di Parlimen Hulu Terengganu yang mana sebelum ini disandang Datuk Rosol Wahid yang bertanding atas tiket BN sebelum berhijrah ke parti Bersatu.

"Bagaimanapun, saya yakin Bersatu akan ada tuntutan mereka lagi dan kita serahkan sebarang keputusan kepada presiden-presiden parti untuk menentukan berapa kerusi yang akan ditandingi Bersatu dan Pas di Terengganu," katanya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Terengganu Ariffin Deraman bercakap kepada media sidang
media khas PAS Terengganu di Pusat Media PN Terengganu / FOTO BERNAMA

Mengulas lanjut, terdapat calon muka baharu bagaimanapun ia akan diputuskan pucuk pimpinan parti pada hari penamaan calon.

Semua calon PN sepakat menggunakan logo bulan pada pilihan raya kali ini.

Media Baharu