fb fb fb fb fb

Baucar buku diperluas kepada 400,000 guru

FOTO RTM

KUALA LUMPUR, 1 Jun - Inisiatif pemberian baucar buku diperluas kepada lebih 400,000 guru untuk tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu sebagai langkah berterusan kerajaan untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat, terutama pelajar sekolah dan universiti.

Beliau berkata golongan guru mempunyai tanggungjawab besar dalam menyebarkan ilmu selain berperanan memupuk minat pelajar terhadap amalan membaca.

"Tahun ini kita bagi baucar kepada semua guru. Tahun depan kita tengok dulu keadaan ekonomi sebab kita sedang bertarung dengan tarif Amerika Syarikat,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika berucap merasmikan Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, Pengerusi Pengelola PBAKL 2025 Mohd Khair Ngadiron serta Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Dr Hazami Jahari.

-BERNAMA

SITI AISHA MELISA YUHANIZ