fb fb fb fb fb

Penggunaan elektrik berlebihan punca kebakaran

KUALA LUMPUR, 13 Januari- Bangunan kediaman bertingkat serta premis kedai mencatatkan statistik kebakaran tertinggi dilaporkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada tahun lalu.

Manakala punca kebakaran yang kerap dilaporkan adalah akibat penggunaan elektrik berlebihan dengan menggunakan sambungan wayar.

Justeru Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM, Datuk Ts. Ahmad Izram Osman menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan penggunaan plug yang berlebihan terutama ketika musim perayaan.

"Pertamanya jika ramai orang dalam rumah menggunakan elektrik dan penggunaannya berlebihan, ia mungkin boleh terlebih had dimana kebakaran boleh terjadi. Demi keselamatan, orang ramai diminta mengelakkan penggunaan seperti itu," katanya selepas menjadi tetamu dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri, di sini.


(Foto BERNAMA)

Selain itu, Ahmad Izram tidak menggalakkan pemasangan jeriji jenis kekal di rumah kediaman dan sebaiknya memasang jeriji yang boleh dibuka dari dalam rumah bagi memudahkan penghuni rumah melepaskan diri ketika kecemasan seperti kebakaran.

Jeriji yang biasanya dipasang di bahagian tingkap menghadap ke arah balkoni adalah selamat jika berlaku kebakaran.

Media Baharu