Pengguna sambut baik akses awal BUDI MADANI Diesel bermula esok

Foto fail

KUALA LUMPUR, 26 Jun– Pemilik kenderaan diesel persendirian yang layak mula menikmati diesel pada harga RM2.15 seliter menerusi fasa akses awal program BUDI MADANI Diesel yang bermula esok di seluruh Semenanjung Malaysia.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pembelian diesel subsidi dilakukan menggunakan MyKad dalam fasa akses awal program BUDI MADANI Diesel.
  • Pengurangan harga diesel membantu kurangkan kos operasi terutama pengusaha makanan yang bergantung kepada kenderaan diesel setiap hari.
  • Usahawan dan pengusaha lori menyambut baik program, berharap harga dikekalkan untuk meringankan beban pengguna diesel.

Pelaksanaan itu menjadi persediaan sebelum subsidi diesel bersasar dilaksanakan sepenuhnya mulai 1 Julai.

Menerusi program berkenaan, pembelian diesel pada harga subsidi dibuat menggunakan MyKad.

Pengusaha makanan, Mohd Zapri Embong menyifatkan penurunan harga diesel sebagai langkah yang mampu mengurangkan kos operasi, khususnya bagi mereka yang bergantung kepada kenderaan diesel.

“Pengurangan harga diesel ini memang berbaloi. Kos pengangkutan menjadi lebih rendah dan ia sangat membantu kami yang menggunakan diesel setiap hari,” katanya.

Tambah beliau, penurunan daripada harga semasa kepada RM2.15 seliter turut membantu mengurangkan beban pengguna.

“Saya sangat bersyukur kerana langkah ini dapat mengurangkan beban kami yang menggunakan diesel,” katanya.

Seorang lagi pengusaha makanan, Salim Din turut menyambut baik pelaksanaan program tersebut.

Menurut beliau, penurunan harga diesel memberi manfaat kepada pengusaha yang menggunakan lori untuk menjalankan perniagaan.

“Saya harap harga seperti ini dapat dikekalkan kerana ia benar-benar membantu pengguna diesel,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.