fb fb fb fb fb

Pengguna diminta guna laluan alternatif berikutan tanah mendap

HULU TERENGGANU, 20 Disember- Satu kejadian tanah mendap berlaku di laluan Jalan Simpang Gaung-Sungai Tong, Setiu kira-kira 4.00 petang tadi.

Bagaimanapun kejadian di Kampung Jeneris Hulu Terengganu itu bukan disebabkan oleh hujan.

Ketua polis Hulu Terengganu DSP Hasmerra Hassan berkata, susulan kejadian itu laluan tersebut ditutup kepada semua kenderaan.

Pengguna jalan raya diminta untuk menggunakan laluan altenatif.

Antara laluan alternatif yang boleh digunakan ialah Jalan Simpang Kuala Jeneris-Simpang Basung-Simpang Kg Teris.

(Tanah mendap di laluan Jalan Simpang Gaung-Sungai Tong)

Media Baharu