fb fb fb fb fb

Penduduk terjejas banjir di Kelantan terus meningkat

KOTA BHARU. 21 Disember - Penduduk terjejas banjir di Kelantan yang terpaksa mendapatkan perlindungan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu terus meningkat.

Setakat pukul 11 malam tadi, seramai 31,311 penduduk daripada 8,987 keluarga masih berlindung di 139 PPS di lapan jajahan.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, memaklumkan jajahan Pasir Mas kekal mencatatkan penduduk terjejas banjir paling ramai berpindah di negeri itu iaitu 11,719 orang membabitkan 3,710 keluarga yang ditempatkan di 37 PPS.

Pasir Puteh pula merekodkan 5,786 penduduk daripada 1,491 keluarga, diikuti Kota Bharu (4,074), Tumpat (4,050), Kuala Krai (2,721), Bachok (1,465) Tanah Merah (1,123) dan Machang 373 orang.


(Foto fail)

Keadaan banjir di Jeli bagaimana pun pulih sepenuhnya setelah tiga PPS terakhir yang sebelum ini dibuka menempatkan lebih 400 penduduk telah ditutup secara rasmi petang semalam.

Sementara itu, menurut portal public info Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), bacaan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas dan Kuala Jambu di Tumpat melepasi paras bahaya.

Turut sama mencatat bacaan paras bahaya adalah Sungai Lebir di Kampung Tualang.

Media Baharu