fb fb fb fb fb

Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang catat penurunan

KUANTAN, 21 November - Jumlah penduduk terjejas banjir di Pahang menunjukkan penurunan kepada 221 orang penduduk daripada 62 buah keluarga di daerah Kuantan pada pukul 11 malam tadi.

Jumlah itu berkurangan berbanding 484 orang daripada 113 buah keluarga pada pukul 8 malam tadi.


(Foto fail)

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang, kesemua penduduk terjejas banjir itu ditempatkan di tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS).

Penduduk terjejas banjir paling ramai di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Cherating yang menempatkan 138 orang, diikuti PPS Surau Kampung Chendor Baru (45 orang) dan SK Sungai Ular 38 orang penduduk.

Media Baharu