fb fb fb fb fb

Mayat ke-25 tragedi tanah runtuh batang kali ditemukan malam tadi

(Ahli keluarga mangsa tragedi tanah runtuh tiba di Unit Forensik Hospital Sungai Buloh untuk
melakukan proses pengecaman mayat/ Foto BERNAMA)

BATANG KALI, 21 Disember - Mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemukan di lokasi pencarian insiden tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, dekat sini pada pukul 11.15 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Suffian Abdullah mengesahkan penemuan mayat kanak-kanak dianggarkan berusia lingkungan lima hingga tujuh tahun itu, menjadikan angka korban tragedi berkenaan kini kepada 25 orang.

Mayat kanak-kanak berkenaan dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat.

"Saya sahkan penemuan mayat kanak-kanak perempuan tersebut," katanya ringkas kepada Bernama malam tadi.


(Keadaan semasa di sekitar lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Fathers’ Organic
Farm, Batang Kali/ Foto BERNAMA)

Suffian memaklumkan maklumat lanjut mengenai penemuan mayat itu akan diberikan pada sidang media, pagi ini.

Menurutnya operasi SAR hari kelima ditangguhkan pada pukul 12 tengah malam tadi dan akan bersambung semula pada pukul 8 pagi ini.

Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada pukul 2.42 pagi pada Jumaat lepas di tapak perkhemahan itu setakat ini menyaksikan 61 selamat, 25 nyawa terkorban dan lapan lagi mangsa masih hilang daripada keseluruhan 94 orang. -BERNAMA

Media Baharu