fb fb fb fb fb

Operasi perkhidmatan tren KTMB Intercity sektor pantai timur tergendala akibat banjir

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 21 Disember - Operasi perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Intercity sektor pantai timur tergendala susulan kejadian banjir yang berlaku di antara Pasir Mas-Tanah Merah.

Perkhidmatan tren nombor 26 dan 27 (Ekspres Rakyat Timuran) laluan JB Sentral ke Tumpat dan sebaliknya, serta perkhidmatan tren perantara bagi laluan Tumpat-Dabong-Gua Musang-Kuala Lipis dan sebaliknya akan bermula dan tamat di/dari Stesen Tanah Merah.

Perkhidmatan tren perantara nombor 53 dan 58 (Tumpat–Gua Musang-Tumpat) juga akan bermula dan tamat di/dari Stesen Tanah Merah.

Perkhidmatan tren perantara bagi laluan Gua Musang-Kuala Lipis-Gemas dan sebaliknya beroperasi seperti biasa.


(Foto fail)

KTMB berkata tiada perkhidmatan bas akan disediakan dari Tanah Merah ke Tumpat dan sebaliknya.

Penumpang yang tidak ingin meneruskan perjalanan boleh membuat pembatalan tiket dan mendapatkan pemulangan tambang mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-22671200 atau layari saluran media baharu rasmi KTMB serta laman sesawang di www.ktmb.com.my.

Media Baharu