fb fb fb fb fb

Sebanyak 147 notis larangan merokok dikeluarkan pihak penguatkuasa dalam operasi penguatkuasaan PPKHT

KUALA LUMPUR, 21 Disember - Sebanyak 147 notis dikeluarkan pihak penguatkuasa dalam 10 operasi penguatkuasaan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nor'aishah Abu Bakar menerusi kenyataan memaklumkan notis dikeluarkan kepada individu atas kesalahan merokok di kawasan larangan dan melibatkan larangan mengenai merokok dan sebagainya terhadap Orang Belum Dewasa (OBD).

Hampir 20 pengawai dan penguatkuasa JKWP Kuala Lumpur dan Putrajaya turun padang melaksanakan Ops PPKHT 2004 di sekitar Sunway Putra Mall di ibu negara, pada Selasa.


(Foto hiasan)

Ops Rakam Asap Tembakau ini melibatkan penggunaan 'Vest' bersama 'Body Camera' bagi membantu anggota bertugas merakam video dan gambar sebagai bahan bukti kesalahan.

Tegas beliau, pihaknya akan terus menjalankan penguatkusaan dan pematuhan larangan merokok di bawah PPKHT 2004 di pusat membeli-belah, hentian awam dan tempat makan di Kuala Lumpur serta Putrajaya.

Media Baharu