fb fb fb fb fb

PERKESO kenal pasti enam mangsa tragedi tanah runtuh layak terima faedah - V. Sivakumar

 (V. Sivakumar ketika bertemu dengan Siti Esah Hassan, ibu mangsa tanah runtuh Batang Kali,
Allahyarhamah Nurul Azwani Kamruzaman di rumahnya/ Foto BERNAMA) 

KUALA LUMPUR, 21 Disember - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengenal pasti enam orang mangsa tragedi tanah runtuh di jalan Batang Kali-Gohtong Jaya, yang layak menerima faedah PERKESO.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata kesemua waris mangsa akan menerima faedah pengurusan mayat (FPM) dan bayaran berkala pencen penakat berdasarkan caruman mangsa.

"Seramai enam orang telah dikenal pasti oleh PERKESO layak untuk menerima FPM yang berjumlah RM2,000 dan pencen penakat yang dianggarkan sebanyak RM475 hingga RM2,500 sebulan," kata beliau selepas menziarahi waris mangsa Allahyarhamah Nurul Azwani Kamarulzaman, di sini pada Selasa.


(Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar menyerahkan bantuan PERKESO kepada Siti Esah Hassan,
ibu mangsa tanah runtuh Batang Kali, Allahyarhamah Nurul Azwani Kamruzaman/ Foto BERNAMA)

PERKESO juga sedang meneliti bentuk faedah yang layak diterima tiga orang mangsa yang identitinya masih belum dikenal pasti setelah disiytihar meninggal dunia oleh Mahkamah Tinggi selaras dengan peruntukan undang-undang berkaitan orang hilang.

Caruman yang dibuat Allahyarham yang bekerja sebagai pembantu kantin di SKJC Mun Choong, melayakkan ibunya, Siti Esah Hassan menerima FPM sebanyak RM2,000 dan bayaran pencen berkala RM238 sebulan.

Media Baharu