fb fb fb fb fb

KPT ambil tindakan rangkumi semua aspek bantu warganya yang terkesan banjir

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 21 Disember - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil tindakan merangkumi semua aspek dalam usaha membantu warganya yang terkesan susulan banjir Monsun Timur Laut.

Satu bilik gerakan banjir di peringkat KPT telah diaktifkan bermula 18 November beroperasi 24 jam sehari.

Manakala lima saluran talian telefon dan satu e-mel dibuka bagi memudahkan orang ramai mengemukakan sebarang aduan kecemasan.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi kenyataannya memaklumkan peruntukan RM2 juta telah diluluskan serta-merta bagi penyediaan bantuan dan kebajikan warga KPT.

(Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin)

Selain itu, seramai 7,741 sukarelawan dari seluruh negara telah digerakkan bagi mengedarkan bantuan kotak makanan, pakaian, wang tunai, peranti dan kit kebersihan melalui Briged Sukarelawan IPT.

Manakala dari segi logistik, sebanyak 61 buah bas, 38 buah SUB/4WD, 37 buah van, 17 buah lori, dan tiga buah bot telah dilibatkan.

Briged Sukarelawan IPT turut menyediakan 80 unit 'waterjet', 21 buah 'waterpump' dan 15 unit generator bagi membantu dan mempermudah kerja pemulihan di kawasan terkesan.

Tiga buah fasiliti di bawah KPT telah didaftarkan sebagai PPS, iaitu Kolej Komuniti Bentong, Pahang, Politeknik Mersing, Johor dan Politeknik Kok Lanas, Kelantan.

Media Baharu