fb fb fb fb fb

Pembedahan jantung berjaya, jemaah haji Malaysia kini dipantau secara maya

Jemaah haji Malaysia, Zurina Mat Hussin selamat jalani pembedahan jantung di Pusat Perubatan King Abdullah / Foto RTM

Mekah, 2 Jun – Seorang jemaah haji Malaysia, Zurina Mat Hussin, 60, dari Terengganu, berjaya diselamatkan selepas menjalani pembedahan jantung di Mekah, hasil kepakaran pasukan perubatan Arab Saudi.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Zurina mengalami serangan jantung ketika menunaikan ibadah haji sebelum dihantar ke Pusat Perubatan King Abdullah, Mekah, untuk rawatan kecemasan.

Selepas menjalani prosedur rawatan jantung, beliau telah didaftarkan di bawah program pemantauan kesihatan jarak jauh yang dikendalikan oleh Hospital Maya Seha.

Keadaan kesihatannya kini dipantau secara berterusan menggunakan peranti pintar pemantauan jantung.

Kes berkenaan mencerminkan keupayaan sistem perubatan canggih Arab Saudi serta komitmen negara itu dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua jemaah haji dari seluruh dunia.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD