fb fb fb fb fb

Kandang terbakar, 19 kambing mati

19 ekor kambing mati selepas kandang ternakan itu terbakar di Kampung Jawa, Bayan Lepas./JBPM Pulau Pinang

BAYAN LEPAS, 2 Jun - Sebanyak 19 ekor kambing mati selepas kandang ternakan itu terbakar di Kampung Jawa, Bayan Lepas.

Kebakaran turut memusnahkan tiga buah kereta dan sebuah lori yang berada berhampiran lokasi kebakaran.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.58 tengah hari.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru digerakkan ke lokasi dan kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 2 petang.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya seekor kambing berjaya diselamatkan.

Tambah beliau, punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

KHAIRUL AMRI BIN YASIN