(Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar)
KUALA LUMPUR, 11 September - Kabinet secara prinsip, setuju dengan penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Berkaitan Sumbangan Politik.
Justeru, ia akan cuba dibentangkan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Parlimen ke-14 di Dewan Rakyat.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan usul Jemaah Menteri mengenai RUU diperhalusi.
(Foto Fail/ Parlimen Malaysia)
Kerangka perundangan kemudian dikemuka kepada Jawatankuasa Teknikal Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik sebelum dibawa ke Parlimen.
Menurut Datuk Seri Dr. Wan Junaidi.. penggubalan RUU itu akan mengambil kira pandangan pihak-pihak berkepentingan termasuk parti politik melalui sesi libat urus yang diadakan.
Skop dasar RUU dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Rabu lalu.