fb fb fb fb fb

KPWKM sasar 1 juta keahlian Skuad Waja menjelang 2023

Foto FB Menteri

SERDANG, 11 September- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun mensasarkan keahlian Skuad Waja yang dilancarkan pada tahun 2021 itu akan mencecah 1 juta orang pada tahun depan.

Peningkatan itu dilihat konsisten kerana ia menerima sambutan yang memberangsangkan bukan sahaja dalam kalangan kaum wanita malah juga lelaki.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun berkata sehingga Ogos 2022, seramai 326,500 orang telah berdaftar sebagai ahli sukarelawan Skuad Waja dan daripada jumlah berkenaan, 74,361 orang dalam kalangan kaum lelaki.

"Kita nak semarakkan lebih ramai lagi ahli skuad waja dengan tema prihatin rakyat kerana mereka inilah yang turun ke lapangan menunjukkan keprihatinan dan kita perlu untuk memperkasa komuniti ini.

Walaupun kita khususkan penyertaan wanita namun ada permintaan dan permohonan daripada lelaki juga menyertai skuad ini. Alhamdulilah, kini ia disertai kaum lelaki juga lebih kurang dalam 15%," kata Rina kepada RTM pada Perhimpunan Semarak Skuad Waja Kabangsaan 2022 Prihatin Rakyat, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau berkata, Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) akan menambah baik Model Skuad Wajah 2.0 dengan memberi fokus kepada isu dan situasi lebih khusus yang memerlukan kemahiran spesifik.

Jelasnya, modul yang ditambah baik ini merangkumi Bantuan Awal Psikologi dan Psikospiritual.


(Menteri KPWKM, Datuk Seri Rina Harun berucap pada Perhimpunan Semarak Skuad Waja
Kebangsaan 2022 Prihatin Rakyat di Serdang hari ini/Foto FB Menteri)

 

Media Baharu