fb fb fb fb fb

Penggerak PPPM diseru beri keutamaan pembangunan insan, potensi ahli

Foto RTM

KOTA BHARU, 22 Mei - Pembangunan insan dan pengembangan potensi setiap ahli khususnya golongan muda perlu diberi keutamaan dalam setiap program yang dilaksanakan oleh penggerak Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM).

Yang Dipertua PPPM Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata sehingga kini PPPM berjaya memanfaatkan kekuatan utama dalam jaringan hubungan, kerjasama, kesatuan dan inklusif.

Beliau yang berucap pada Majlis Makan Malam bersama Datuk Seri Dr Wan Azizah, semalam, turut menyeru penggerak supaya memperbanyak program serta meneruskan usaha murni dan niat yang positif untuk mengangkat PPPM ke tahap lebih tinggi.

Adinda Sultan Kelantan, Tengku Amalin A'ishah Putri Sultan Ismail Petra yang juga Yang Dipertua PPPM Cawangan Kelantan turut sama berangkat ke majlis tersebut.

Majlis berkenaan diadakan sebagai penghargaan dan simbolik kejayaan penganjuran Persidangan dan Mesyuarat Agung Tahunan ke-60 PPPM yang berlangsung selama empat hari bermula 19 Mei lepas.

SITI NUR DIATIE BINTI ZAIDI