fb fb fb fb fb

Penggantungan operasi MyAirline, 125,000 penumpang, 900 kakitangan terjejas

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Lebih 120,000 penumpang terjejas akibat penggantungan operasi MyAirline Sdn Bhd secara serta merta dengan anggaran nilai jualan tiket sebanyak RM20 juta.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memberi jaminan akan memastikan syarikat tersebut memulakan proses bayaran balik kepada penumpang yang terjejas.

Kementerian Pengangkutan menerusi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sedang memantau situasi berkenaan.

Jelas Anthony Loke, perbincangan bersama Bank Negara juga akan dilaksana bagi meneliti langkah yang boleh diambil untuk memastikan hak penumpang berkenaan dibela.


(Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook)

"MyAirline telah memberi jaminan kepada MAVCOM bahawa mereka akan menunaikan kewajipan mereka terhadap penumpang yang terjejas dan akan membuat bayaran balik kepada pengguna.

"Ini adalah keutamaan kita sekarang iaitu saya telah meminta MAVCOM untuk menubuhkan satu pasukan petugas khas dalam perkara ini dan berhubung dengan pihak Bank Negara supaya mencari kaedah bagaimana kita pastikan semua penumpang yang terjejas ini mendapat bayaran balik.

"Kita faham bahawa banyak pengguna menggunakan kad kredit untuk membeli tiket kapal terbang. Jadi kita perlu kerjasama daripada pihak Bank Negara untuk melihat apakah mekanismenya supaya mana-mana penumpang yang menggunakan kad kredit iitu, boleh terus mendapat bayaran balik", katanya dalam Sidang Media di Parlimen.

Tambahnya, tindakan itu turut menjejaskan seramai 900 kakitangan syarikat penerbangan berkenaan.

Media Baharu