fb fb fb fb fb

Kerajaan cari jalan urus masalah kesesakan jalan raya di Lembah Klang- Zahid

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 12 Oktober- Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya Bilangan dua, diadakan hari ini 2023 dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Antara yang dibincangkan, isu dan inisiatif dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya terutamanya pada waktu kemuncak khususnya di Lembah Klang.

Tumpuan perbincangan merangkumi cadangan menggabungkan dua Jawatankuasa Kabinet dibawah Kementerian Pengangkutan.

Ia merangkumi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan Jalan Raya dan Jawatankuasa Kabinet Keselamatan Jalan Raya.

Turut dibincangkan, Cadangan Pelan Tindakan Menangani Kesesakan Jalan Raya di Lembah Klang serta Pencapaian dan Kemajuan Inisiatif Keselamatan Jalan Raya 2023.

Antara syor dikemukakan termasuk mengurus trafik dengan memberi keutamaan kepada pengangkutan awam (penyediaan Laluan Khas Bas) selain mengenal pasti lokasi bandar/laluan utama untuk penyediaan sistem pengangkutan awam.

Turut disyorkan, menambah baik tempat menunggu bas yang selesa dan selamat dengan sistem maklumat bas serta menambahbaik akses kemudahan pejalan kaki ke stesen bas dan rel.

Usaha juga tertumpu kepada menyediakan 'park and rid'e di kawasan persempadanan Kuala Lumpur – Selangor, dan membangunkan aplikasi Mobility as a Service (MaaS) yang akan menjadi aplikasi tunggal untuk semua pengangkutan awam.

Datuk Seri Ahmad Zahid turut mengesyorkan agar satu legasi baru diwujudkan bagi mencari penyelesaian terbaik berdasarkan data dan kajian imperikal oleh pelbagai agensi yang terlibat untuk menangani masalah kesesakan jalan raya.

(Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi)

Media Baharu