fb fb fb fb fb

Pengerusi MARA tegur peminjam enggan bayar, tonjol kemewahan

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki

SEREMBAN, 10 Disember - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki membidas tindakan sesetengah peminjam institusi itu yang dilihat sengaja tidak mahu membayar pinjaman tetapi memperagakan kemewahan.

Jelasnya, MARA mengambil pendekatan berunding dan prinsip ihsan kepada sesiapa yang bermasalah dalam melangsaikan hutang pinjaman.

" Dan MARA mengambil pendekatan untuk sentiasa berunding sebagai permulaan kepada siapa sahaja yang bermasalah dalam melangsaikan hutang hutang mereka prinsip ihsan sentiasa kita terapkan setiap pemimjam yang mempunyai komitmen untuk membayar balik pinjaman peniaga pendidikan mesti membayar balik mengikut jadual," kata Asyraf Wajdi.

Tambahnya, setiap peminjam sepatutnya mempunyai komitmen membayar balik pinjaman perniagaan atau pendidikan mereka mengikut jadual ditetapkan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis Penyerahan (Handback Ceremony) Bagi Projek Maintenance, Repair and Overhaul (MRO) SCS Class 92 dan Perjanjian Lolaborasi (Collaboration Agreement) Di Antara M Rail Technics (RAILTEC) Dengan Universiti Kuala Lumpur (Unikl), di Depoh EMU Seremban.

TETITIA YUSOFF