KAHERAH, 10 Disember- Sekurang-kurangnya 34 nyawa terkorban dalam satu serangan udara Israel di Gaza sepanjang malam hingga Selasa.
Menurut pegawai perubatan, aset ketenteraan rejim Zionis itu meneruskan kemaraan di kawasan tengah dan selatan wilayah itu.
Serangan udara di Beit Hanoun, utara Gaza, yang menjadi kawasan operasi tentera Israel sejak Oktober, telah membunuh sekurang-kurangnya 25 orang dan mencederakan puluhan yang lain di sebuah bangunan bertingkat, kata pegawai perubatan.
Menurut Perkhidmatan Kecemasan Awam Palestin, kebanyakan mangsa yang terbunuh adalah daripada keluarga yang sama, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa lebih daripada 44,786 rakyat Palestin telah terbunuh dan 106,188 lagi cedera sejak serangan ketenteraan Israel di Gaza bermula pada 7 Oktober 2023.- REUTERS