fb fb fb fb fb

Pengerusi badan berkanun dan GLC perlu dilantik secara teliti dan tidak tergesa-gesa

PONTIAN, 26 Disember - Pelantikan jawatan pengerusi badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) perlu dibuat dengan teliti dan tidak tergesa-gesa.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata operasi GLC ketika ini tidak terganggu kerana kerja-kerja pentadbiran sedang diuruskan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) masing-masing.

Peletakan jawatan yang berlaku ketika ini hanya melibatkan mereka yang berlatar belakang politik sahaja.

"CEO masih kekal untuk buat kerja harian mereka, bagaimanapun tidak terlalu lama, jangan terlalu lama, saya rasa mungkin sebulan dua pada pandangan saya .. saya rasa itu satu tempoh munasabah," kata Ahmad Maslan di sini.

(Ahmad Maslan bercakap kepada pemberita selepas
mengadakan pertemuan dengan masyarakat di Taman Seri Api-api, di sini)

Pada 15 Disember lalu, jemaah menteri memutuskan pengerusi dan ahli lembaga pengarah lantikan politik ditamatkan perkhidmatan dengan serta-merta.

Penamatan itu melibatkan jawatan bagi badan berkanun persekutuan, syarikat menteri kewangan (diperbadankan), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Lantikan terbaharu jawatan itu akan ditentukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Media Baharu