fb fb fb fb fb

Amaran hujan berterusan di Sabah, Sarawak - MetMalaysia

(Infografik MetMalaysia) 

KUALA LUMPUR, 26 Disember- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan kawasan di Sabah dan Sarawak berkuatkuasa selama tiga hari, bermula hari ini sehingga 28 Disember depan.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, kawasan yang terlibat di Sarawak melibatkan kawasan di Miri dan Limbang, manakala di Sabah, bahagian kawasan pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, Kudat dan juga Labuan.

“Angin kencang 50–60 kilometer/jam dengan ombak mencapai sehingga 4.5 meter dijangka boleh berlaku di perairan Sabah dan Sarawak dalam tempoh tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Muhammad Helmi menjelaskan, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan.

"Talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638 boleh dihubungi bagi sebarang pertanyaan lanjut," katanya.

(Foto hiasan)

Media Baharu