fb fb fb fb fb

FCoEE MAIPs rangkul johan keseluruhan Malaysia Open RoboCup 2025

FOTO FCoEE

PAUH PUTRA, 18 Ogos – Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE) di bawah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) melakar sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan dalam Malaysia Open RoboCup 2025 yang dianjurkan bersama oleh Malaysian AI Robotic Society (MARS) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Menurut Pengarah Eksekutif Pusat Kecemerlangan Pendidikan Faizuddin (FCoEE), Profesor Emeritus Datuk Dr Kamaruddin Hussin, kemenangan gemilang yang dilakar itu menjadi bukti kesungguhan dalam menyokong pembangunan generasi muda dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan robotik, khususnya melalui platform AIRED dan Junior AIRED.

Usaha tersebut kini jelas membuahkan hasil yang membanggakan di peringkat antarabangsa dimana pasukan Junior AIRED muncul sebagai Juara menewaskan sekolah elit Puiching Middle School dari Macau yang terkenal sebagai salah satu sekolah terbaik dunia dalam bidang robotik.

‘’Kejayaan berganda ini mengangkat FCoEE MAIPs sebagai johan keseluruhan, sekali gus mengharumkan nama Perlis dan Malaysia.

‘’Pencapaian ini hadir daripada usaha gigih, latihan berterusan, serta kerjasama erat pelajar, tenaga pengajar dan pihak pengurusan yang mencerminkan keupayaan FCoEE membina kecemerlangan ilmu dan teknologi untuk generasi masa depan," katanya dalam satu kenyataan.

Pada Malaysia Open RoboCup 2025 yang melabuhkan tirai petang semalam berkenaan, sebanyak 17 pasukan FCoEE dan UniMAP daripada 10 buah sekolah rendah dan 7 buah sekolah menengah di Perlis mewakili Malaysia dimana mengungguli kategori Inspiring Motivation Video Award, Inspiring Innovation Poster Award, ICode Challenge Blockly Beginner, Junior League – Rescue Maze dan Anugerah Khas.

 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE