fb fb fb fb fb

Teo Nie Ching tiba di Kuching untuk lawatan singkat

FOTO JAPEN SARAWAK

KUCHING, 18 Ogos – Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching tiba di Kuching pagi ini bagi menghadiri lawatan singkat.

Ketibannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sekitar pukul 9.10 pagi, disambut Pengarah Penyiaran Sarawak, Wan Wizana Hashim.

Turut hadir menyambut ketibaan ialah Ketua Penolong Pengarah Seksyen TV RTM Sarawak, Razali Baba dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media Siber, Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak, Hairol Hisham Hamdan.

Sepanjang lawatan, Teo dijadual menyempurnakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024 Kementerian Komunikasi Zon Sarawak pada sebelah pagi.

Beliau turut akan merasmikan Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Dana Kandungan Kreatif pada tengah hari, sebelum dijangka berangkat pulang ke ibu negara pada petang ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE