KUALA LUMPUR, 7 Julai- Pengekalan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3 peratus oleh Bank Negara Malaysia (BNM) tidak memberi impak kepada perdagangan negara.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ini berikutan perdagangan eksport dan import dipengaruhi ekonomi global.
"Kalau pelabur asing tidak banyak impaknya tetapi kalau pelabur tempatan ini akan memudahkan apa yang mereka lakukan sekarang kerana kos pembiayaan kekal sama", katanya kepada pemberita dalam Majlis Anugerah Institusi Kewangan, Institusi Kewangan Pembangunan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana 2022 Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd ke-28.
Pihak pelabur juga akan melihat kepada pelbagai faktor meliputi infrastruktur, kemudahan menjalankan perniagaan dan bakat.
(Pihak pelabur juga akan melihat kepada pelbagai faktor meliputi infrastruktur,
kemudahan menjalankan perniagaan dan bakat)