(Foto Anwar Ibrahim)
SEREMBAN, 7 Julai- Tadbir urus dan pengurusan ekonomi yang baik mampu menarik minat dan keyakinan pelabur domestik dan asing untuk melabur di negara ini sekali gus memastikan pertumbuhan ekonomi pesat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia terbukti bahawa pentadbirannya tidak memandang ringan terhadap perkara itu, lebih-lebih lagi dengan kemasukan pelabur China, Jepun dan Arab Saudi.
"Minggu depan Elon Musk akan berunding dan berbincang dengan saya kemungkinan beliau menambah pelaburan di Malaysia.
"Bermula tadbir urusan yang baik, pengurusan ekonomi yang penting, tiada masalah rakyat, pendidikan, ekonomi dan perumahan ini kita akan memberi tumpuan," katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Menteri Kepada Penjawat Awam Negeri Sembilan di sini.
Tambah Anwar, pengurusan ekonomi yang baik adalah penting bagi memastikan tiada peningkatan kadar pengangguran dan ekonomi terus berkembang.
(Foto Anwar Ibrahim)