BATU CAVES, 7 Julai- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) jalin kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)
dalam menguat kuasa dan memantau bekalan beras di seluruh negara.
Menurut Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub, langkah itu akan digerakkan menerusi Op Jamin.
"KPKM menjamin keberadaan beras di pasaran kerana ia bawah tanggungjawab keselamatan makanan manakala KPDN pula memastikan keberadaan itu ada dan tidak melanggar peraturan," kata Salahuddin kepada pemberita di Giant Batu Caves, di sini.
Op Jamin akan dilaksanakan selama sebulan di 162 kilang memproses beras putih.
Pihaknya juga akan sentiasa memandang serius isu penyelewengan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yangmenukar bungkusan atau label beras putih tempatan serta menjual dengan harga beras putih import.
(Menteri KPDN, Datuk Seri Salahuddin Ayub)