(Abang mangsa, Shahrizal Saliman (kiri) menunggu di Jabatan Perubatan Forensik,
Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ))
KUALA TERENGGANU, 7 Julai- Jenazah Mangsa kesembilan tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman, Muhammad Fikri Saliman, 24 tahun dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor pada pukul 10.30 malam tadi.
Jenazah dibawa pulang untuk disemadikan selepas urusan bedah siasat selesai.
Allahyarham akan dikebumikan bersebelahan kubur ibunya di Kampung Parit Kuda, Batu Pahat Johor.
Terdahulu mayat mangsa kesembilan ditemukan pagi tadi terdampar di beting pasir kawasan pencarian.
Operasi mencari seorang lagi mangsa bersambung esok.
(Operasi mencari seorang lagi mangsa bersambung esok)
Berita Berkaitan
Tragedi kepala air: Mayat kesembilan disahkan Muhammad Fikri