fb fb fb fb fb

Pengedaran sejuta naskah al-Quran langkah memartabat Islam

 

PUTRAJAYA, 15 September- Usaha mencetak dan mengedar satu juta nashkah al-Quran ke seluruh dunia disifatkan sebagai salah satu langkah Kerajaan Perpaduan memartabat Islam.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim usaha itu juga berupaya mendidik dan memberikan penghayatan sebenar tentang Islam kepada seluruh masyarakat tanpa mengira agama. 

Malah insiden membakar al-Quran di Sweden dan penentangan terhadap Islam adalah kerana kejahilan yang menebal. 

 Justeru penyampaian mesej mengenai kebaikan Islam perlu diberi keutmanaan menerusi penganjuran majlis-majlis agama. 

"Ini saya cuba ungkap dalam MADANI, walaupun ia rangkul soal negara, tata kelola, kemampanan ekonomi termasuk ihsan dan amanah tetapi soal nilai akhlak jadi teras tertentu untuk agama khususnya al-Quran,” katanya.  

Beliau berucap ketika menyempurnakan Majlis Penghantaran tiga kontena al-Quran untuk Solidariti Wakaf Sejuta Naskhah al-Quran di, Putrajaya. 

Sebanyak 30,000 naskah al-Quran ke Australia, United Kingdom dan Kanada, hari ini.


(Perdana Menteri pada Majlis Penghantaran tiga kontena al-Quran
untuk Solidariti Wakaf Sejuta Naskhah al-Quran )

Media Baharu