(Foto BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 15 September- Fasiliti pertanian perlu diperkukuh bagi meningkatkan pengeluaran beras tempatan di negara ini.
Ketika ini pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) berusaha melaksanakan pelbagai inisiatif dan penguatkuasaan dalam pelbagai aspek untuk memastikan bekalan beras stabil serta mencukupi dalam pasaran.
Bendahari Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Aasyikin Aminudin berkata langkah menangani isu bekalan makanan dalam tempoh pandemik COVID-19 boleh dijadikan sumber rujukan bagi mengatasi masalah itu.
"Sepatutnya kita sudah mula memperkukuhkan kemudahan yang ada untuk kita menghasilkan beras tempatan kita 100 peratus sebenarnya.
"Kita tidak perlu bergantung pada negara import. Saya berharap kita dapat mempertingkatkan kita punya pengeluaran beras kita sendiri," katanya selepas menjadi tetamu dalam program Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini.
(Foto BERNAMA)