fb fb fb fb fb

Pengarah syarikat didakwa tawar suapan RM7.5 juta untuk Annuar Musa

(Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh (depan) hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi
pertuduhan menawarkan rasuah RM500,000)

KUALA LUMPUR, 5 April- Pengarah Hydroshoppe Sdn Bhd, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen sini atas pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 setahun selama 15 tahun bagi faedah Tan Sri Annuar Musa berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.

Tertuduh menawarkan suapan tersebut melalui Datuk Tan Ser Lay.

Suapan diberi sebagai dorongan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia ketika itu untuk mempercepat proses pengambilalihan pengurusan dan pentadbiran konsesi Menara Kuala Lumpur oleh syarikat berkenaan.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya antara Julai dan Ogos tahun lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16(6)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun, denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

(Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh (tengah) ketika keluar dari Mahkamah Sesyen
Kuala Lumpur hari ini)

 

Media Baharu