LANGKAWI, 2 Februari- Penganjuran program 'Islamic Sustainable Development Goals' (ISDG) sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang semakin relevan dalam pelbagai bidang untuk mencapai kesejahteraan sejagat seperti digariskan oleh Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).
Menurut Pengerusi Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa (iKAF) Datuk Dr. Fathul Bari Mat Jahya, penganjuran persidangan itu menghimpunkan 28 penceramah dan cendekiawan dari dalam dan luar negara membentangkan pelbagai kerangka kerja berkaitan Islam bermula 1 Februari dan berakhir hari ini.
"Jadi topik-topik yang kita bincangkan semua daripada 17 topik atau perkara yang digagaskan itu kita bahaskan. Bagaimana Islam menceritakan soal pelaksanaan teori-teori ini dalam kehidupan seharian kita untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang," katanya.
Beliau ditemui selepas majlis perasmian penutup ISDG 2025 di Dewan Persidangan Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Padang Matsirat di sini hari ini.
Program berkenaan turut dihadiri Naib Canselor Universiti Utara Malaysi (UUM), Profesor Datuk Dr. Mohd Foad Sakdan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) Datuk Haslina Abdul Hamid.
Sementara itu, Haslinda menyifatkan penganjuran persidangan itu memberi impak besar kepada sektor pelancongan di Langkawi.
Penganjuran ISDG mendapat kerjasama Yayasan Khayr Ummah Antarabangsa (iKAF), UUM dan LADA.