fb fb fb fb fb

Banjir Sarawak: 15 PPS di 5 bahagian ditutup

FOTO BERNAMA

KUCHING, 2 Februari- Sebanyak 15 buah pusat pemindahan sementara PPS telah ditutup hari ini setakat pukul 5 petang tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, ini menjadikan 49 buah PPS sahaja yang masih aktif.

PPS yang telah ditutup melibatkan lapan PPS di Bahagian Serian dan empat PPS di Bahagian Samarahan.

Sementara itu, masing-masing satu pps di Bahagian Mukah, Bintulu dan Kapit.

Kemas kini Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara setakat pukul 6 petang tadi menunjukkan, jumlah penduduk terjejas banjir di Sarawak direkodkan seramai 10,973 orang daripada 3,241 keluarga.

Bintulu kekal bahagian paling teruk terjejas dengan merekodkan 4,188 penduduk terjejas setakat ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE