KUALA LUMPUR, 31 Julai - Inisitiatif keempat Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menyeimbangkan kemajuan ekonomi wilayah dan pembangunan desa turut memfokuskan penambaikan perkhidmatan pengangkutan awam bersepadu di bandar-bandar utama.
Perdana Menteri, Datuk Sei Anwar Ibrahim berkata, bagi meningkat ketersambungan batuan pertama dan akhir, 300 unit van DRT dan 1,200 unit bas ditambah, manakal kekerapan perkhidmatan tren juga ditingkatkan melalui penambahan 217 set tren penumpang.
"Naik taraf laluan sedia ada dan pembinaan jalan baharu akan diteruskan.
"Antara projek tumpuan termasuklah menaik taraf Lebuhraya PLUS laluan Senai Utara-Machap, Johor, menaik taraf Lebuhraya PLUS laluan Juru-Sungai Dua, Pulau Pinang, pembinaan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama, Pahang dan Kelantan, Lebuhraya Pan Borneo Sabah dan Lebuhraya Trans Borneo di Sarawak," katanya ketika membentangkan RMK13, di Parlimen.
Selain itu, Datuk Seri Anwar memaklumkan, pembinaan dan naik taraf jalan luar bandar sepanjang 2,800 kilomenter juga akan dilaksanakan dalam tempoh RMK13.
Ia termasuk jalan utama dari Nanga Serau ke Nanga Seranau, Kapit, Sarawak, jalan dari jambatan Sungai Air Tawar ke Hutan Melintang, Bagan Datuk, Perak dan jalan Pos Sinderut, Lipis, Pahang.
"Inisiatif road-to-rail bagi memindahkan sebahagian besar pergerakan kargo daripada jalan raya akan meningkatkan kadar penggunaan landasan daripada 6 peratus kepada 13 peratus dan sekali gus risiko kemalangan jalan raya dapat dikurangkan," katanya.