fb fb fb fb fb

Kerajaan perkemas struktur pendidikan, tubuh Majlis Pendidikan Negara

Kerajaan komited memperkemas sistem pendidikan negara agar lebih bersepadu, berkesan dan responsif terhadap cabaran masa depan / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Kerajaan komited memperkemas sistem pendidikan negara agar lebih bersepadu, berkesan dan responsif terhadap cabaran masa depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan diberi tanggungjawab penuh dalam mengawal selia pendidikan prasekolah hingga menengah, manakala pendidikan prauniversiti dan pengajian tinggi akan diselaraskan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

"Majlis Pendidikan Negara ditubuhkan untuk menyelaras, memantau serta merangka tindakan intervensi yang bersesuaian bagi memastikan sistem pendidikan negara sentiasa terkedepan dan bertaraf dunia," katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Parlimen, hari ini.

Dalam masa sama, kerajaan juga akan melaksanakan projek rintis pemberian autonomi kepada universiti awam terpilih sebagai langkah memperkukuh tadbir urus institusi pengajian tinggi negara.

“Pengantarabangsaan institusi pendidikan tinggi awam juga akan diperkukuh bagi meningkatkan daya saing institusi pada peringkat global,” ujar Perdana Menteri.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN