fb fb fb fb fb

Kerajaan wajibkan prasekolah umur lima tahun, perkukuh sistem pendidikan negara

Kerajaan sedang bergerak ke arah mewajibkan pendidikan prasekolah bermula seawal usia lima tahun / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR, 31 Julai – Kerajaan sedang bergerak ke arah mewajibkan pendidikan prasekolah bermula seawal usia lima tahun, sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa sistem pendidikan negara yang lebih menyeluruh dan inklusif.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata langkah itu akan disusuli dengan penambahan kemudahan prasekolah khususnya di sekolah kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), terutamanya di kawasan luar bandar.

“Kerajaan juga akan melaksanakan kajian semula terhadap waktu persekolahan optimum, menilai keberkesanan sekolah khusus dan menambah baik model pendidikan bagi murid pintar cerdas dan berbakat,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut menegaskan komitmen kerajaan memperkukuh penguasaan Bahasa Melayu di semua peringkat pendidikan, di samping memperkasa penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pembelajaran dan perhubungan, serta memperluas pembelajaran bahasa tambahan.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN