fb fb fb fb fb

Pengangkutan awam beroperasi seperti biasa esok

Semua pengangkutan awam termasuk tren KTMB dan perkhidmatan di bawah Prasarana akan beroperasi seperti biasa esok. - Foto FB ANTHONY LOKE

KUALA LUMPUR, 25 Julai – Semua perkhidmatan pengangkutan awam termasuk tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan perkhidmatan di bawah Prasarana akan beroperasi seperti biasa esok.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, langkah itu diambil bagi memastikan urusan harian rakyat, terutamanya pada hujung minggu, tidak terganggu oleh perhimpunan yang dijadualkan di ibu negara.

"Kerajaan MADANI menjunjung tinggi kebebasan berhimpun, termasuk mereka yang berbeza pandangan dengan kerajaan. Kita tidak akan kembali ke era menindas demokrasi, hingga menutup Parlimen sekalipun," katanya menerusi hantaran di Facebook.

ANTHONY PENGANGKUTAN BERHIMPUNMenteri Pengangkutan, Anthony Loke - Foto BERNAMA

Anthony turut menggalakkan peserta perhimpunan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut mengumumkan bahawa pas perjalanan tanpa had bulanan MY50 kini boleh diperbaharui secara dalam talian menerusi aplikasi Touch ‘n Go.

Pengguna hanya perlu membayar RM50 manakala baki RM100 disubsidi oleh kerajaan.

Bagi pelawat pertama kali ke Kuala Lumpur, MyCity Pass disediakan pada harga serendah RM6 sehari, membolehkan perjalanan tanpa had bagi perkhidmatan LRT, MRT, Monorel, BRT dan Rapid Bas.

Pas dijangka didigitalkan sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.

KHAIRUL AMRI BIN YASIN