fb fb fb fb fb

Pengamal media di Johor sambut baik pengambilan dos penggalak ke-2

(FOTO HIASAN)

JOHOR BAHRU, 11 Januari- Para pengamal media di Johor mengambil pandangan positif terhadap pengambilan vaksin penggalak kedua, bagi menambah perlindungan diri dan keluarga daripada ancaman varian baharu, COVID-19.

Pandangan tersebut mengambil kira faktor, risiko dihadapi pengamal media, berjumpa dengan pelbagai individu, semasa bekerja di lapangan, membuat liputan berita.

Bagi mereka, pengambilan vaksin penggalak kedua penting untuk setiap golongan, terutama pengamal media berusia, kerana dikategorikan sebagai golongan berisiko tinggi.

Selain itu golongan muda juga tidak patut memandang remeh soal perlindungan diri terhadap varian COVID-19.

"Memang saya galakkan kepada pengamal media yang berusia, lebih 50 tahun, maksud ya, saya sendiri berumur 58 tahun, dan akan ambil booster kedua, jadi memang patutlah, pengamal media berusia ni, kalau boleh diwajibkan, ambil dos penggalak,"kata Raja Jaafar Raja Ali.

Sementara itu bagi Nur Fatin Mohamad Kadenen, pengambilan dos penggalak disifatkannya sangat penting kerana tugasan terdedah dengan risiko saban hari.

"Kita terdedah dengan risiko, setiap hari kita ke lapangan, ada tugasan jadi ia sangat penting, saya sendiri belum ambil dos penggalak kedua, jadi saya rasa saya kena mula kena fikirlah,"katanya.


(FOTO HIASAN)

Media Baharu