fb fb fb fb fb

Cemerlang kesan dadah disembunyikan, 'Black' Langkawi terima pingat

(FOTO BERNAMA)

LANGKAWI, 11 Januari- Seekor anjing bernama 'Black' dari Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Langkawi menerima pingat atas kejayaan mengesan dadah jenis heroin seberat 4.11 gram dan syabu seberat 1.40gram pada Disember tahun lalu.

Anjing berusia lima tahun itu turut berjaya mengesan selaras senapang patah bersama lima butir peluru di rumah seorang suspek di Kampung Ulu Melaka, Langkawi.

Pingat penghargaan disampaikan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Datuk G. S. Suresh Kumar di Seksyen K9 Langkawi.

"Di IPD Langkawi ni K9 bukan sahaja digunakan untuk tujuan jenayah, tetapi kita juga menggunakan khidmat anjing K9 untuk tujuan pencegahan, kita gunakan pintu-pintu masuk sempadan yang rasmi sama ada di darat ataupun laut di mana K9 akan buat rondaan secara berkala," kata Datuk G. S. Suresh Kumar.

Turut menerima sijil penghargaan ialah pengendalinya Kpl Johan Jame.

Katanya, anjing pengesan yang dilatih sejak beberapa tahun lalu itu turut melakar pelbagai kejayaan lain dalam membantu pihaknya mengesan dadah.

Black antara empat anjing pengesan yang dimiliki PDRM Langkawi selain Sparky, Beny dan Axel yang masing-masing memiliki kepakaran tersendiri.


(FOTO BERNAMA)

Media Baharu