fb fb fb fb fb

Pengakap Malaysia hantar pasukan khas, jalani bengkel bencana di Thailand

(Foto fail/FB Persekutuan Pengakap Malaysia)

KUALA LUMPUR, 25 Jun- Selaras dengan tuntutan semasa, Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) akan menghantar pasukan khas seramai lima wakil ke Bengkel Tindakan Kemanusiaan Rantau Asia-Pasifik (APR) atau 'Humanitarian Action Workshop' di Kem Pengakap Vajiravudh, Si Racha, Thailand, pada 19 hingga 22 October ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Yang Menjalankan Tugas-Tugas Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Nasaruddin Shamsuddin berkata, antara objektif bengkel selama tiga hari itu, adalah untuk melaksanakan tindakan kemanusiaan dalam organisasi pengakap kebangsaan (NSO).

"Bengkel tersebut juga bermatlamat untuk mengguna pakai sebahagian atau keseluruhan amalan terbaik NSO yang telah melakukan tindakan kemanusiaan yang berkesan semasa respons bencana.

"Ia juga bagi memahami pendekatan yang berbeza dalam membantu orang yang berbeza terhadap pelbagai peringkat masyarakat, bermula daripada yang paling terdedah atau berisiko.

"Bengkel akan mengguna pakai garis panduan atau kerangka kerja Tindakan Kemanusiaan Kebangsaan berdasarkan kerangka kerja pengurangan bencana setempat dan garis panduan Tindakan Kemanusiaan Pertubuhan Pergerakan Pengakap Dunia (WOSM)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

(Dua set pam air berkuasa tinggi yang diserahkan
kepada PPM/Foto Persekutuan Pengakap Malaysia)

Nasaruddin sebelum itu mengadakan mesyuarat bersama Disaster Risk, Humantarian and Emergency Response Team (DrHERT) PPM di Rumah B-P, di sini.

Turut diadakan penyampaian dua set pam air berkuasa tinggi kepada PPM.

Media Baharu