fb fb fb fb fb

Kerjasama Malaysia, Jepun dalam sektor pendidikan tinggi dan inovasi

KUALA LUMPUR, 26 Jun- Malaysia dan Jepun komited bagi mengukuhkan kerjasama menerusi sektor pendidikan tinggi dan perluasan inovasi terkini.

Perkara itu, termasuk usaha menjayakan pembukaan kampus cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia bagi kedua-dua negara.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerusi kenyataan memaklumkan, "pembukaan itu merupakan kampus cawangan universiti Jepun pertama di Malaysia dan dunia."

Kampus itu akan memulakan pengambilan pada September 2024.

Perkara itu dibincangkan selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan, Kebudayaan, Sukan Sains dan Teknologi Keiko Nagaoka di Kuala Lumpur bersempena lawatan kerja dua hari ke Malaysia.

Pertemuan dua hala itu merupakan pertemuan julung kali diadakan di antara kedua-dua pemimpin selain berbincang mengenai program pertukaran pelajar di kedua-dua negara.

Aktiviti kerjasama turut diadakan melalui program bawah Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT) serta Japanese International Cooperation Agency (JICA) di samping pengukuhan kerjasama antara negara dalam meningkatkan kepakaran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dan penyelidikan.

(Keiko Nagaoka (kiri) dan Mohamed Khaled Nordin (kanan))

Media Baharu